Salam 'alaik..
Hari ni suami saya ke sekolah Adam, anak arwah abang suami saya. Katanya hari ni ada jamuan kelas so setiap student perlu bawa makanan masing-masing. Nak dijadikan cerita, suami saya gorengla satu bekas nugget dan dihantar ke sekolah adam.
kawan 1: Adam, ni abah ko ke?
Adam: Tak la, ni Pak lang aku (sambil buat muka slumber)
Pak lang: Terkedu seketika
Dalam perjalanan pulang, suami saya mengadu yang dia rindukan arwah abangnya. Ditambah pula dengan perasaan kasihan pada si anak yang tidak punya ayah. Bagi saya sendiri, tanpa ayah pada usia 8 tahun bukanlah perkara mudah. Banyak kali si anak mengadu yang dia rindukan ayahnya. Rindu seorang anak pada sang ayah yang telah dipanggil Ilahi adalah rindu yang tak terubat. Tapi, apalah yang si anak kecil ini tahu. Jujur sekali setiap luahan yang keluar dari bibirnya.
Kebelakangan ini, Adam semakin berubah. Sikapnya agak kasar, begitu juga bahasanya. Saya sering berbincang dengan suami, cara terbaik untuk mendidik anak kecil ini yang sudah kami anggap seperti anak sendiri. Begitu sukar bagi kami kerana kami belum pernah mempunyai anak. Ya, mungkin inilah aturan Ilahi. Allah masih belum memberikan kami zuriat sendiri mungkin untuk kami belajar dahulu cara untuk menjadi ibu bapa soleh solehah.
Saya sangat-sangat sedar sekarang betapa sukarnya untuk mendidik anak. Betapa banyaknya jasa ibu bapa kita yang bersusah payah mendidik kita dan melayan sikap-sikap kita yang terkadang membuatkan mereka berkecil hati. Walaupun begitu, ibu bapa kita tak pernah bersungut, apatah lagi meminta kita membalas semua jasa-jasa mereka.
"Ya Allah, kembara ini terasa sukar. Bantulah hambaMU yang hina ini Ya Allah. Janganlah KAU uji kami dengan ujian yang tak mampu kami tanggung. Bantulah kami untuk menjaga anak yatim ini. Permudahkanlah Ya Allah."
No comments:
Post a Comment