Tuesday, June 4, 2013

Baiknye Mak Kelip-kelip!

Salam 'alaik..

Eh cop! Kelip2 tu ape? well, kelip2 tu nama lainnye kunang2 atau firefly. Ala yg keluakan lampu kt perut die tu. Yg kelua waktu malam tu.



Kelip-kelip ni adalah serangga noctournal yang keluar hanya pada waktu malam. Kalau nak tahu jantina serangga ni, tengok kat bahagian abdomen dia. Kalau jantan, ada 3 layer abdomen yang berwarna putih iaitu bahagian yang mengeluarkan cahaya tapi kalau betina, ada satu layer je abdomen yang berwarna putih. Biasanya cahaya akan dikeluarkan sebagai tanda untuk mengorat/tackle pasangannya. Cewahhhh ada taktik ok! Tapi cahaya juga akan dikeluarkan jika ada pemangsa sebagai tanda yang diorg ni tak sedap untuk dimakan.

So, apa kaitan dengan mak kelip2? Selama saya hidup ni, saya tak tahu pun yang mak kelip2 ni berhati mulia. Sanggup berkorban demi anak-anaknya. Mak kelip2 akan tanam telurnya 500m dari gigi sungai. Selepas mak kelip2 ni tanam telur dia, dia akan mati dekat dengan telur tersebut. Supaya nanti, bila anak die menetas, makanan pertama yang anak dia makan adalah si Emak ni! Subhanallah :) 

Sweet sangat kan kejadian Tuhan ni. Dikatakan bahawa, sumber protein yang terbaik untuk anak membesar adalah dari mak dia. So that's why la mak dia mati dekat dengan anak.. waaaaaaaaaa kagum sangat2 dengan life cycle si kelip2 ni. Inilah salah satu kebesaran Tuhan.

Berbeza pulak dengan manusia, anak dicampak-campak je!belas ehsan tak tau kat mana. hakikatnya, serangga lagi baik dari manusia.